Saturday, July 20, 2013

CIRI - CIRI LELAKI IDAMAN MALAYA !!!!

Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non-muslim readers =) ..jangan pelik eh kenapa mia update dua kali ..bila gila update dah datang,mia tak mampu nak buat apa-apa ..tabahkan hati,kuatkan semangat dan tingkatkan iman ..in sya allah korang tak kan gila ..k,abaikan lawak yang tak menjadi tu ..mia nak story something dekat korang nie ..tadi kan,mia jadi rajin jap ..mia blogwalking kat satu blog nie ..then dia ada update satu entry ..about ciri-ciri lelaki idaman malaya yang ramai perempuan cari-cari selama nie ..haaaaaa ...tiba-tiba timbul la niat nak share dengan korang semua based on mia nyer pemerhatian ..sharing is caring kan *kelip-kelip mata* ..okay,kita terus masuk ..

1. ROMANTIK - berdasarkan mata mia yang tak berapa nak cantik dan anggun nie,mia perhatikan yang kebanyakkan perempuan suka dengan lelaki yang romantik ..betul eh?mungkin betul kot ..yelah,perempuan kan manja ..cuba bayangkan kalau kita dapat lelaki yang romantik ..mak aih,memang takkan lepas dah after that ..kan kan kan?ala,ngaku jelah dalam hati korang pun cakap cmtu ^^..


2. PENDENGAR YANG BAIK

-perempuan sebenarnya suka memendam masalah sendiri tau ..that why perempuan suka cari lelaki yang sudi menjadi pendengar yang baik terhadap diorang ..yelah,kalau perempuan mempunyai masalah,mesti dia akan cari lelaki tu ..bagi diorang,cukuplah lelaki tu jadi pendengar yang baik ..yang sudi dengar masalah diorang ..kalau tak percaya,cuba lelaki menyamar kejap jadi pendengar yang baik ..confom ramai yang gilakan awak kaum adam ..

3.HANDSOME

-ha,yang ny jangan cakap ..perempuan zaman sekarang suka cari lelaki yang handsome ..kalau tak handosme macam izzue islam ke,aaron aziz ke,cukuplah ada rupa ..bukan apa,perempuan ny jenis yang suka jaga kecantikan ..kalau boleh,diorang nak jugak cari lelaki yang pandai jaga muka gak ..thats why kalau korang tengok,dalam facebook,twitter,flickr,insta and semua laman sosial kejadah tu,budak lelaki yang ada rupa mesti akan 'HOT' atau lebih dikenali sebagai popular ..ala,kalau korang tak layan laman sosial semua tu,korang tengok jelah kat sekolah-sekolah ..budak-budak yang popular kebanyakkan nye mesti handsome kan ..

4.SETIA

-setia?eh,of course ..siapa yang taknak lelaki yang setia ooi ..cuba korang kumpulkan semua perempuan kat dalam bumi nie *jangan ikut nasihat gila aku*,then tanya diorang nak tak lelaki yang setia ..ha,dah memang confom-confom diorang nak ..kalau boleh nak jenis yang setia hingga hujung nyawa tau ..tapi,zaman sekarang nie wujud lagi ke lelaki yang setia?rasanya dalam sejuta tu,cuma ada 2 3 orang je ..mia sendiri dah kena berapa kali ..semuanya sebab wujud orang ketiga ..biasalah lelaki,pantang nampak perempuan yang cantik sikit ..kalau relay korang tahan lebih dari setahun,kira alhamdulillah la tu ..eh eh,mia bukan doakan relay korang tak kekal lama ..tak tak !!!jangan fikir lain ..sekarang nie pun,mia tengah research apa sebab lelaki tak boleh setia ..tapi kebanyakkan nye yang mia nyatakan kat atas tu lah ..so kaum hawa,berhati-hati eh kalau nak pilh kawan dengan boyfie ..jangan sampai dapat kawan yang tikam belakang ..:)

5.CARING,TAK PANAS BARAN

-kalau korang nak tahu,di samping suka lelaki yang handsome,setia and apa semua tu,perempuan also suka lelaki yang caring and tak panas baran ..SERIUS,mia tak tipu ..kalau tak percaya,pergi tanya awek korang ..kalau takde awek,tanyalah mak ke,kakak ke,adik perempuan ke or ikut suka korang lah ..tapi jangan tanya moyang korang plak ..kecian moyang korang nak menjawab ..ini kerana,perempuan mempunyai sekeping hati yang lembut ..maksudnya jiwa yang lembut lah ..aish .korang tengking diorang sikit je,diorang dah sedih tau tak ..tak pasal-pasal diorang taching dengan korang,haaa naya ..perempuan dah lah susah nak pujuk ..lelaki pun satu ..kalau korang tak boleh caring sangat pun,berterus terang lah dengan perempuan tu terus ..nie tak ..sebulan dua bulan,boleh lagi menyamar caring ..sabar dengan perangai perempuan yang manja ..masuk bulan ketiga,haa ..mula lah semua nak baran ..perempuan ta bagitau dia nak keluar dengan kawan dia,dah kena marah ..eh eh,ko ingat perempuan tu anak patung ke ..wah wah wah ..and lagi satu ..jangan lah korang jadi caring sangat sampai perempuan nak pergi mana-mana nak kena bagitau ..perempuan pun sama ..bagi kebebasan sikit antara satu sama lain ..haa,baru relay berpanjangan ..

6.BERKERJAYA

-kalau korang tak berkerjaya,macam mana korang nak tampung kehidupan anak dara orang?cuba jawab ..takkan korang nak bagi isteri and anak-anak korang makan batu je ..mesti tak elok kan ..so,better dari awal korang cari kerjaya ..walaupun tak besar mana gaji  korang,tak kisah lah ..janji korang dapat tampung kehidupan insan istimewa dalam hidup korang tu ..okay?

tu je kot ..nie semua based on mia nyer pemerhatian tau ..kalau korang ada yang nak tambah lagi,comment-comment la eh ..so to all kaum adam and hawa,think first before you all nak take a very big step that is married ..jangan ingat kahwin tu mudah ..banyak halangan and cabaran yang bakal korang hadapi ..tapi,kalau korang sentiasa berdoa and sentiasa percaya antara satu sama lain,in sya allah perkahwinan korang until JANNAH !tak susah pun kita nak ikut apa yang ALLAH dah rancang ..so kaum adam,jadikan entry nie sebagai kelebihan tuk korang ngorat perempuan ..tapi pape pun,ilmu tu lagi penting k ..heeeee ..klah ..nak blogwalking kat blog lain plak ..papai uolsssss ^^ ..













AKHIRNYA !!

Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non-muslim readers =) ..satu hari tak update ..rindu tak rindu tak? haha ..dah mia,takyah nak buat lawak stupid tak tentu hala kat sini ..semalam tak tahu k nak tulis ape sebenarnya ..otak beku + blank ..nak kata sedang menghadapi exam,musim exam lambat lagi kot ..but today,secara tiba-tiba kata-kata nak terluah banyak plak keluar dari kepala otak ..mungkin bakteria-bakteria kat dalam otak ny dah tak sanggup nak simpan lama-lama kot kata-kata mia ..k,tak lawak ..haaa,hari nie mia dah berjaya menggodek blog mia ..banyak kot yang dah berubah ..and guest what? ..setelah beberapa tahun mia selidik macam mana nak letak gambar dekat header,AKHIRNYA!!!!!!!mia berjaya ..haha,bangga k ..even tak berapa okay lagi,but nevermind ..lama-lama nanti mia tau la nak mencantikkan lagi blog mia nie ..apa yang mia rasa menyemak kat dalam blog mia tu,mia buang ..and yeah,rasa lapang sikit tengok blog baru mia tu ..tak cantik?eh eh,blog mia ke blog korang?ikut suka korang la nak kutuk ke,nak perli ke,mia tak amik peduli pun ..even urat usus + urat hempedu duk tahan gelak pun,i don't care ..*kau ayat ..kedoktoran sangat --'*..tu je yang mia nak cakap ..dah ayat-ayat tu je yang ditolak keluar oleh bakteria ..tak kan nak marah bakteria plak suruh keluarkan kata-kata yang agak baik sikit ..tampar 100 juta kali baru bakteria tu dengar kot ..k,ayat mintak kaki ..klah ..takde pape dah nak story ..papai uolssss ^^ ..


Wednesday, July 17, 2013

CUKUP DUA SETAHUN . FINISH!!!!!

Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non muslim readers ..sementara nak menanti masuk waktu buka,mia nak update kejap blog kesayangan mia ny ..hehe ..mia nak luah kat blog about something ..actually,di petang yang aman ny,mia dapat satu berita yang paling mia tak sangka-sangka ..mia ingatkan dia just main-main ..rupa-rupa tak ..and yeah,that story is mia dah putus dengan dia ..hampir dua tahun,and this is the end of the story ..agak sedih la gak ..tapi takpe ..mia kuatkan :')..lebih baik dia tinggalkan mia dari dia abaikan mia ..like a stupid person right? ..bayangkan,dua bulan tak mesej,tak call,siapa tak sakit hati ..air mata mia dah tak larat nak jatuh ..kalau jatuh pun jadi air terjun maybe ..and tak sangka plak perempuan tu pernah jadi kawan yang mia pernah share masalah dengan dia ..haha ..sumpah best kena tikam belakang dengan kawan macam tu ..rasa macm nak amik pisau then potong-potong ayam je --'..*mesti korang semua ingat mia nak amik pisau then nak bunuh orang kan* ..so kaum hawa,lepas nie jangan terpengaruh dengan janji-janji lelaki yang kononnya nak setia dengan korang k ..awal-awal je boleh setia ..lepas setahun,mulalah buat hal bila jumpa dengan yang lagi cantik ..susah la zaman sekarang nak cari lelaki yang boleh setia dengan sorang je ..mentang-mentang kuota diorang empat,empat-empat nak isi ..tapi,kalau korang dapat lelaki yang setia dengan korang sorang je,janganlah korang mainkan perasaan dia ..sebab lelaki,kalau betul setia,dia setia ..kita pun jangan nak percaya sangat dengan orang yang kita baru kenal ..orite ..nanti kita jumpa next entry k ..azan nak berkumandang dah tu ..papai uolssss^^ ..

Tuesday, July 16, 2013

OPSS !!!!!!

Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non muslim readers =) ..Hari nie mood nak update takde sangat ..jadi jangan tanya kenapa mia just update satu kali je ..not like semalam ..okay ..nampak tak tajuk entry kali nie ..mesti semua tengah dup dap nak tau kan ..actually,mia nak share dengan korang semua salah satu pengalaman mia yang baru mia dapat hari nie ..nak tau x?haaaaaaa *bunyi dram + gitar * ..tadi kan,waktu kelas vocab,mia kena buat satu tugasan ..tugasan yang tak pernah sekali pun terlintas kat kepala mia tau ..and yeah,tugasan nyer ialah mia kena nyanyi kat depan kelas ..repeat again ..NYANYI KAT DEPAN KELAS !!!!!!gila kan ..rasa macam nak cubit-cubit je lecture mia masa tu tau ..dahlah orang kedua yang nyanyi ..aish ..getar la jugak masa nyanyi tu ..nak tau mia nyanyi lagu ape?of course lagu fav mia ..WAIT FOR YOU by ELLIOT YAMIN ...walawei,mia memang gila betul la dengan lagu tu ..kalau tengah layan perasaan then dengar plak lagu tu,confom meleleh air mata ..CONFOM!daripada mia nyanyi lagu yang tah pape,bek mia nyanyi lagu yang boleh tenteramkan perasaan mia kan ..okay,next chapter ..sebenarnya kan,waktu mia nyanyi kat depan tu kan,mia perasan ada someone dok tengok mia nyanyi tau ..and mia tau budak tu ..taulah mia nyanyi tak sedap ..janganlah asyik tengok je ..sumpah malu tau tak ..dahlah lecture mia dah bagi mia malu kat depan tu ..rasa macam nak sorok je muka kat bawah meja ..kalau boleh la ..boleh plak kan tengah duk nyanyi-nyanyi tu sempat lagi ngutuk mamat tu ..ha,talking about that boy,mia nak cakap something ny ...kalau mia boleh jerit,mia dah lama jerit tau tak ..kan best kalau dapat pergi kat tepi bukit then lepaskan perasaan kita kat sana ..bila lah boleh buat macam tu *sigh* ..mia sebenarnya nak cakap yang "CAPITAL E,MIA DAH MULA START SUKAKAN AWAK ..AND THE MOST PELIK THING,MIA DAH MULA SAYANGKAN AWAK :')!!"k,pengakuan berani mati ..haha ..tapi takpe ..mia cuma berani luahkan kat blog ny je ..mia tak kan berani nak luahkan face to face ..giler kau ..mati ak kena bash ..lagipun,ada kawan classmate mia suka kat dia ..takpelah ..redha mungkin ..siapa kita nak halang orang yang kta suka tuk menyukai orang lain ..and mana nak tau dia pun dah ada makwe ..takpe k mia ..kakak mia ada cakap dengan mia ..kalau kita sukakan seseorang tu,lebih baik kita diam kan daripada kita heboh-hebohkan ..kalau kita heboh,mana tau dia malu then dia dah taknak kawan dengan kita ..kan susah ..kalau diamkan,kita berdoa je kat ALLAH supaya bagi kita petunjuk ..thanks kak ..in sya allah satu hari nanti mia akan dapat orang yang lagi baik dari dy ..MUNGKIN!seriusly,rasa nak menangis plak tulis entry ny ..haha *lap air mata* ..klah ..kita jumpa next enrty ..papai uolsss ^^ ..

CIRI-CIRI BAKAL ZAUJ SEUMUR HIDUP !!!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non-muslim readers =) ..hye korang *lambai tangan bak puteri* ..korang buka apa tadi?mia ngan roomate mia cuma masak sardin n telur goreng je ..sedih kan?nak buat macam mana ..lumrah kehidupan sebagai seorang student yang merantau jauh daripada family ..sila sedih beramai-ramai ..dah dah ..takyah nak buat ayat sadis kat sini mia ..okay,tukar topik ..kali nie mia tulis entry dengan hati yang berbunga-bunga ..mesti korang semua pelikkan kenapa mia rajin sangat update blog sampai dua kali hari nie ..hihi ..mia pun takde reasons ..mungkin bila mood nak update tu datang,mia update ..KOT!! ..k,abaikan ..baca kan tajuk kat atas tu ..gempak tak gempak tak ..actually,mia nak share la dengan korang semua yang tengah membaca blog mia nie about ciri-ciri idaman bakal imam mia satu hari nanti *ketawa tutup mulut* ..jangan nak ngutuk eh ..baling bom kat korang japg kang *acah-acah nak jadi askar* ..mia tulis entry nie sebab mia dah jumpa dengan orang yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan yang mia nak ny ..tapi sayang ..dia smoking ,,mia dahla alah dengan orang yang smoking ..except mia nyer big bos ..sebab big bos mia kalau merokok,dia akan lari jauh-jauh ..nak kena serangan peluru dengan anak-anak and mem besar lah kalau merokok dekat dengan kitaorang ..okay,sambung ..mungkin entry sebelum nie sesuai dengan entry kali nie kot ..dahlah ..daripada banyak membebel,baik mia cerita je ..

1.BERIMAN,HORMAT ORANG TUA

   -yang kat atas tu yang paling penting sekali ..mia kalau boleh nak cari bakal zauj yang boleh membimbing mia ke jalan ALLAH ..in sya allah jumpa ..biar rumah tangga harmoni kan ..orang tua-tua pun cakap,orang yang beriman ny muka dia akan berseri-seri ..and and and,hormat orang tua ..dia pandai amik hati parents mia,pandai jaga hati diorang,and sayang diorang macam sayang kat anak diorang ny ,,,kalau dia hormat orang tua,means dia pandai la bawak diri dia ..kan?kalau pandai sayang anak diorang je tapi tak pandai hormat bakal mentua dia,watpe ..awal-awal lagi mia dah reject ..


2.PENYAYANG,LEMAH LEMBUT,BAIK HATI,PENYABAR

   -mia kalau boleh nak bakal zauj mia seorang yang penyayang,lemah lembut,baik hati and penyabar ..uish,siapa yang taknak bakal zauj diorang macam tu kan ..maksud lemah lembut tu,bukan yang jenis!!!alah,korang sendiri faham-faham lah ..jangan nak fikir lain eh ..bagi mia,maksud lemah lembut tu dia seorang yang pandai menjaga kelakuan dia ..bukannya jenis depan bakal mentua cakap macam cakap dengan kawan ..penyabar?yelah,siapa yang nak bakal suami yang panas baran?semua mesti taknak kan ..kalau gaduh sikit je,mulalah pukul sana,sepak sini ..ingat perempuan nie anak patung ke ..perempuan pun perlu disayangi jugak kay..

3.SETIA

  -mia nak dia setia dengan mia sampai ke hujung nyawa ..cewahhh ..memang betul lelaki boleh kahwin 4 ..tapi seriusly,mia tak sanggup nak share kasih sayang suami mia dengan orang lain ..bagi mia,biarlah dia jadi hak mia selama-lamanya ..bukannya jenis depan isteri nampak baik ..belakang isteri,mak aih ..naik taring ..mintak selisish la kalau macam tu ..tapi zaman sekarang nie memang susah nak jumpa lelaki yang setia ..yang curang,banyak ..yang setia,FUHHH!!!!

4.ADA KERJAYA,BERHARTA,ADA RUPA

  -and lastly,dia mesti ada kerjaya ..kalau tak,macam mana nak sara anak bini ooi ..ingat zaman sekarang senang ke nak sara hidup ..susah kot ..lagi-lagi kalau hidup kat kota metropolitan ny ..memang payah lah nak hidup kalau takde kerjaya ..big bos and mem besar mia pun suruh mia cari calon suami yang ada kerjaya ..diorang taknak la nak diorang nie hidup melarat lepas kahwin ..yang paling lawaknya apa tau ..mia selalu berangan nak kahwin dengan orang yang ada syarikat sendiri ..hihi ..tak salahkan kalau kita angan-angan kan sesuatu tu ..sebab selalunya orang yang ada syarikt sendiri ny smart ..mia suka dengan lelaki yang pnadai bergaya nie ..haha .

okay,habis ..tu je ciri-ciri yang mia nak bakal zauj mia ada ..ada rupa tu,belakang cerita ..yang satu,dua,tiga tu yang penting ..jumpa je orang yang ada ciri-ciri macam tu,confom mia terus ajak jumpa parents mia ,,haha ..tapi,kalau dapat pilihan keluarga pun okay gak lah ..sebab orang-orang tua cakap bercinta lepas kahwin nie bagus ..kekal lama ..erk?klah ..papai uollsss ..jumpa next entry ^^..







https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEims-Mg3O8jN6y6R0fNh4ayEJvOysfIFDZOUc4-E6N8DrDCkZd2I9e6hrGqx6ny3uAZZLIg0-7Q1Zrvvsd05aZhxpM_PZiUkR9EjUCkLoNuKjRtEVYeN3bStQaFg2xSGMdFYtuxrCoS2ouf/s1600/suami+mithali.jpg


Monday, July 15, 2013

RINDU!!!!!

Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non-muslim readers =)..fuhhh,hampir seminggu sibuk dengan urusan PTPTN and daftar subjek baru sampai tak sempat nak update blog ..oleh kerana hari nie mia free kedebabom,lepas penat kemas rumah semua tu *jadi rajin jap*,mia pun terfikirla nak update blog ..alhamdulillah,pejam celik pejam celik,mia dah nak masuk sem 2 ..19.8 ny mia dah final exam for sem 1 ..in sya allah boleh buat ..amin amin amin ..okay,entry kali nie,baca tajuk kat atas tu *sambil tunjuk gaya manja* ..haha ..rindu?rindu kat siapa la tu kan ..actually,seminggu yang lepas,mia asyik rindukan seseorang ..mia tak taula apa maksud nyer kan ..tapi tulah,setiap kali mia nak tidur,mia teringtkan dia ..nak buat kerja sikit,teringatkan dia ..aish,gila angau dah tu ..and yeah,setiap kali mia rindukan dia,mia mesti berdoa kat ALLAH ..sebab ape?sebab ALLAH itu MAHA MENDENGAR ..orang tua-tua cakap,"Jika mahukan seseorang sangat-sangat,mohonlah pada ALLAH.Bukan merayu-rayu pada empunya diri.Bila empunya diri menolak,siapa yang kecewa?Namun jika mohon terus pada ALLAH,ALLAH akan bagi dua kemungkinan.Mungkin DAPAT dia,atau mungkin dapat YANG LEBIH BAIK darinya ..:)"mia dapat rasakn orang tu tengah bahagia sekarang ..alhamdulilllah ..tak salahkan kita rindukan seseorang yang dah jadi milik orang lain :') *erk*..klah ..nanti ada masa mia update next entry ..papai uolssss ..








Wednesday, July 10, 2013

new begining as a mahasiswi

Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non-muslims.Apa khabar korang kat sana?sihat?yang muslim tu puasa tak?hahaha ..k,lari tajuk ..nampak tak tajuk kat atas tu?ha,sekarang mood mia tengah baik ..jadi mia nak story mory kat korang semua yang akan baca tu,tentang pengalaman mia sebagai seorang mahasiswi ..kita lompat chapter 2 balik ..haha ..okay ..alhamdulillah,mia telah berjaya menjadi mahasiswi pada 31 May 2013 ..and yeah,mia diterima masuk dekat KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITY COLLAGE ..or lebih dikenali sebagai KLMUC ..ala,ipt swasta je ..mesti korang tertanya kan macam mana mia boleh masuk kolej swasta ny ..tak pun mesti dalam hati tengah syok ngutuk mia ..cakap mia menunjuk la,berlagak kaya la and macam-macam la ..mia tak kisah pun korang nak cakap apa ..mia bayar yuran kolej guna duit ayah mia k ..bukan duit korang ..so,WHATEVER ...okay,sambung balik ..haaaaaa*bunyi dram* ..orite,mia cerita ..oleh kerana result mia yang tak terlebih baik and tak terlebih buruk,parents mia suruh la mia mohon dekat apa-apa kolej swasta ..mia ingatkan nak buat rayuan for uitm ..tapi mia tau,mia takkan lepas ..until my big bos cakap 'ala nak,study kat kolej mana pun sama je ..janji ko belajar betul-betul' ..terharu k dengar ayat big bos mia tu ..tapi sebelum tu mia confius jugak la nak register ke tak ..sebab mia tau,kalau kolej swasta mesti yuran dia mahal kan ..tapi,lepas dapat semangat daripada my big bos,mem besar and my adik yang sekarang ny dekat kolej vokay,mia pun mohon la ..banyak sebenarnya mia mohon for kolej swasta ..macam kolej ypc,kolej msu,segi,and banyak lagi la ..mia tak tahu plak semua permohonan mia tu diterima ..sama gak dengan klmuc ny ..sampai mia tak tahu nak pilih yang mana satu ..buntu ..yang kolej ypc,mia dapat foundation in business management ..yang segi,accountancy ..yang msu,business management ..yang klmuc,e-business ..mula-mula mia ingat mia nak amik kolej ypc ..sebab mia dapat biasiswa 100% ..so tak payah la nak susahkan parents mia bayar duit yuran kan ..tapi tak tahu plak yang kolej klmuc ny lagi pantas ..time mira ngah kerja *ngah sapu sampah k masa tu*,mia dapat call daripada puan rohani,one of the ahli kuat dekat klmuc ny ..dy call, dy cakap 'mia dpat tawaran daripada klmuc ..mia nak terima ke tak ..'after mia bincang-bincang dengan big bos mia,mia pun pergila daftar ..kena bayar 450 for pendahuluan ..big bos mia tak kisah ..boleh plak cakap,'ala,sikit je tu ..'mak aih,biar betul big bos mia ny ..dah siap pendaftaran semua tu,mia pun dapat la tempat kat dalam klmuc ny ..and tepat tarikh 31 May 2013,mia pun daftar la masuk ke asrama ..and now,dah dekat sebulan mia menjadi mahasiswi dekat sini ..alhamdulillah ..mia boleh catch up semua subjek dy ..even kadang-kadang ada rasa malas nak pergi kelas,tapi gagahkan jugak diri mia ..yelah,kelas mia ada yang sampai malam ..memang muncul lah sikap kemalasan tu ..sebab mia nak amik gelaran anugerah dekan tu ..mia nak banggakan parents mia ..kalau tak bila lagi mia nak banggakan diorang kan ..walaupun mia tension bila assignment banyak *banyak k rambut dah gugur sebab assignment ny*,tapi tabahkan la jugak hati buat ..sekali dengan markah exam tu ..ha,sebut pasal exam,lagi dua minggu je mia bakal hadapi hari penting tu ..macam tak percaya plak ..mia dah nak masuk sem 2 ..aish ..klah korang ..nanti mia sambung chapter 3 plak k ..mia cerita pasal asrama mia plak ..ada kelas tengah menanti mia ny ..hihi ..papai korang ..jumpa next entry ..=)

Tuesday, July 9, 2013

new again !

Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non-muslim =)....mak aih,janji tinggal janji ..dulu beria-ria mia cakap nak jadi blogger aktif ..sekarang,habuk pun tarak ..nampak tak bertapa berhabuknya blog mia ny ...alahai ..banyak nak kena ubah la blog ny ..nampak makin berserabut plak ..need HELP!!!k,abaikan ..korang jangan banyak cakap plak eh kalau nampak mia men tukar-tukar tulisan ..mulut tu stapler-stapler kang ...*timbul tanduk demon atas kepala* ..rasa pelik kalau guna tulisan yang lama tu ..nampak macam budak-budak kecik plak ..haha ..weyy,idea buntu ..nak tukar semua kat dalam blog ny ..tpy,otak dah jadi kosong ..sempat tukar lagu ngn tulisan je ..nak tukar background,kang jadi memacam plak kang ..jenuh nak kena godek balik ..ingat gua rajin tahap budak bijak ke nak godek-godek blog ny ..dah la nak kena memikirkn masalah negara yang makin menular tu *ayat mintak penampar kann* ..perlukan masa k perlukan masa -_- ..k,tukar topik ..macam tak percaya lak esok dah puasa ..rasa macam baru je lagi awal tahun ..and yeah,tahun nie mia akan berpuasa sebagai seorang mahasiswi ..selalu tahun-tahun lepas berbuka dengan family ..sekarang,mia akan berbuka dengan roomate mia yang seramai 4 orang tu plak ..agak sedih la gak sebab mia tak dapat tolong ibu mia prepare barang untuk niaga ..ibu kena buat sorang ..mesti penat kan ..takpe-takpe,setiap kali hujung minggu je,mesti mia akan balik ..wajib ..kalau tak,siapa lagi nak tolong ibu mia kemas semua tu kan ..*mula dah start rindukan ibu* ..ouh ya,mesti korang-korang semua yang tengah baca tu pelik kan macam mana mia dah berjaya jadi mahasiswi ..eh,mia memang suka lompat chapter ..chapter 3 tak masuk lagi,mia dah lompat chapter 10 ..hahaha ..k,tak lawak ..nanti bila mia ada masa,mia akan ceritakan kat korang semua mia sambung belajar dekat mana,siapa roomate mia and so over ..k ar ..seriusly sleepy ..dah menguap 60 kali ny ..*jangan percaya* ..papai korang ..nak g sambung tido ..*kelip mata 10 kali*