Saturday, November 16, 2013
al-fatihah :')
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera bloggers . hari nie mia dah kehilangan bestfriend mia . orang yang selalu bagi kata semangat dekat mia,orang yang selalu mia cari saat mia perlukan bahu selain ummi sofia,dah pergi dari hidup mia . tepat jam 7.00 malam bertarikh 16/11/2013,NUR SHAZATUL AUNA menghembuskan nafas terakhir di atas katil hospital . ya allah,aku kehilangan lagi orang yang aku sayang . dugaan apa yang kau beri kepadaku ya allah . 'Auna,kenapa auna sakit auna tak bagitahu mia . auna senyapkan dari mia . auna dah janji dengan mia kan auna takkan rahsiakan apa-apa . auna cakap auna nak pergi jauh . tapi sekejap je . mia tak sangka auna dah takde . buat selama-lamanya . mia terkedu tau auna saat mia dapat berita tu dari abang auna . patutlah sebelum nie waktu auna telefon mia,auna beria-ria mintak maaf dengan mia . malam tu jugak kita asyik gelak je kan . mia ingat lagi,auna pernah cakap auna nak jadi pereka baju pengantin mia satu hari nanti . kita nak bukak butik pengantin sama-sama kan . tapi kenapa auna tinggalkan mia dulu . auna pun cakap auna nak datang kL kan . nak dekat dengan mia . tapiii???auna dah tinggalkan mia . mana janji auna yang dulu . auna dah janji auna taknak tinggalkan mia kan . auna,mia rindukan auna . auna,auna ingat lagi tak waktu kakak mia nak pergi lawan hoki,mia menangis nak ikut kakak mia kan . lepas tu auna datang pujuk mia . auna bagi gula-gula,belanja makan choki-choki . sampai makanan tu jadi fav kita dua kan :'). mia ingat lagi waktu budak lelaki tertolak mia kat padang,auna marah budak laki tu . sampai auna dapat gelaran gengster kelas kan . auna ingat waktu mia kena gastrik?auna sanggup belanja beli air milo,beli makanan untuk mia . sedangkan kakak mia boleh temankan mia . tapi oleh kerana auna taknak ganggu kakak mia belajar,auna senyapkan . mia tak boleh lupa kenangan kita auna . banyak sangat . lepas tu,waktu mia nak pindah kL,auna menanggis tak bagi mia ikut family mia sekali . lepas kena pujuk dengan abang auna,baru auna henti nangis . mia tak sangka tu kali terakhir kita jumpa . mia teringat ayat terakhir yang auna beritahu mia . auna cakap ajal maut tak kenal usia . andai kata auna pergi dulu daripada mia,auna nak mia janji dengan auna yang mia takkan menangis . auna,saat mia dengar je auna dah takde,airmata mia tak henti mengalir . mia rindu sangat-sangat kat auna . rindu gelak tawa auna,gurauan auna,rindu nak main ejek-ejek skali . mia rindu semua tu auna . abang is,tolonglah telefon mia balik . cakap apa yang abang is beritahu tadi cuma gurauan . mia nak sangat-sangat auna ada . ya allah,lemah semangat aku ya allah . auna,mia mintak maaf sebab takde kat sisi auna saat auna menghembuskan nafas terakhir . abang is ada cakap yang auna pegang gambar kita amik waktu sukantara dulu sebab terlalu rindukan mia . kenapa auna tak beritahu awal-awal . auna,mia hanya mampu sedekahkan yassin dan al-fatihah je untuk auna . semoga auna tenang kat sana eh . in sha allah kalau mia datang sarawak,mia jenguk pusara auna . mia janji auna akan sentiasa ada kat dalam hati mia . auna,auna dengarkan apa yang mia cakap . auna bacakan apa yang mia tulis . auna nak tahu tak,airmata mia mengalir tak henti waktu tulis entry nie . mia tak dapat hentikan auna . mia dah cuba . kalau auna ada,auna mesti dah lapkan airmata mia kan . mungkin Allah lebih sayangkan auna . auna,janji eh auna tunggu mia kat sana . ya allah,aku tak boleh lupaka dia ya allah . aku rindukan senyuman dia ya allah . aku rindukan segala-galanya mengenai dia ya allah . tolonglah ya allah,kembalikan dia kepadaku . auna,mia perlukan bahu . mia nak auna balik ' . mia mintak maaf . mia terpaksa berhenti kat sini . assalamualaikum :')
Saturday, November 9, 2013
doa , tawakal , redha :)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera blogger :) . ehemmm,lama kan mia tak online . hmmm,actually banyak sebenarnye yang mia nak share dekat blog nie . tapi bila bukak je blog,mampus blank kepala otak tak tau nak update ape . hihihi . okay . ekcekeli,tadi mia godek-godek dashboard . then terjumpa satu entry . tajuk dia "adakah anda redha bila kehilangan orang yang kita sayang" . nak baca?klik link nie . http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/11/adakah-anda-redha-bila-kehilangan-orang.html . so,mia ingat mia nak jawab la bila akak comel tu tanya kan . hmmm,bagi mia,bila kita kehilangan orang yang kita sayang,mungkin pada mulanya kita susah nak terima hakikat kan . especially orang yang selalu ada dengan kita saat kita susah atau senang . like our parents,family,and friends . mungkin after a few weeks,kita dah boleh redha dengan semua tu . siapa tak sedih kehilangan orang yang kita sayang kan . mia mengaku mia pernah menangis tak henti after dapat tahu ayah angkat kesayangan mia,yang selalu bagi mia kata-kata semangat dalam olahraga meninggal dunia eksiden . yelah,daripada orang yang agak lemah dalam olahraga,terus boleh jadi wakil sekolah . siapa tak sedih kan . and yes,he died after going home from pray dekat surau . serius,masa tu rasa macam nak terbang je g melaka tengok arwah . sebab before that arwah pernah telefon tanya bila nak datang melaka lagi . arwah teringin nak jumpa mia . panggilan tu kali terakhir mia cakap dengan arwah . memang sebak sangat rasa . tapi alhamdulillah,lepas mia solat and bacakan yassin untuk arwah,mia kembali tenang . dapat terima hakikat . mia tersedar masa tu jugak yang mia ada lagi keluarga sebenar kat sekeliling mia . takde guna mia menangis bagai . bukannye boleh buat apa pun . alhamdulillah jugak la,ibu dengan ayah mia faham . rasa sebak bila teringatkan arwah . okay,kembali ke story asal . mungkin pada mulanya perit untuk kita terima semua yang dah berlaku . tapi bila kita dapat kata-kata semangat dari orang yang ada kat sekeliling kita,in sha allah kita akan terima ketentuan .kalau orang tu meninggal,mungkin Allah lebih sayangkan diorang . so sayang-sayang sekalian,hargailah orang yang sayangkan kita sebelum kita kehilangan mereka . jangan menyesal lepas kita kehilangan diorang . masa tu memang tak kita tak boleh nak buat apa-apa dah . menangis air mata darah sekalipun,kita tak mampu nak balikkan masa . berdoa yang mampu kita bagi . doakan kebahagian dan kesejahteraan diorang . in sha allah Allah dengar doa kita . okaylah . mia berhenti kat sini dulu . kita jumpa next entry . assalamualaikum ^^
Saturday, October 19, 2013
trying to move on :)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera to all readers . sekarang dah pukul 3.18 pagi *jeling jam* . update pagi-pagi buta memang satu kerj yang gila . orang semua dah mimpi sampai LONDON,i'm still at THAILAND . *kayyyy,lawak mia --'* fuhhh,agak lama la jugak mia tak update kan . sejak dua menjak jadi student and masuk sem 2 nie,mia semakin sibuk . mungkin boleh kalah perdana menteri kot . hehe . actually,banyak sebenarnye mia nak share dekat blog nie . i dun care reader's want read or not . as long as i can luahkan all my problem here,i'm okay . seriusly,mia rasa sejak akhir-akhir nie mia asyik nak menangis je . dun know why . mungkin hati mia jenis sensitif . mia nak cari orang yang boleh jadi bahu tuk mia lepaskan sedih mia pun mia tak tahu siapa . mia dah tak tahan nak tanggung sorang-sorang . nak luah kat bestfriend mia,semua jauh-jauh . dekat kolej nie pun mia masih belum jumpa anyone yang can jadi bestfriend mia . lagipun,orang cakap jangan mudah peraya dengan orang zaman sekarang . orang yang dah lama kita kenal pun boleh stab belakang kita . apatah lagi orang yang baru kita kenal . aish . kayy,back to story . tipulah kalau mia duduk sorang-sorang mia tak menangis . everytime,everyminute,everysecond ! airmata mia macam dah tak mampu nak tanggung lagi dah . dengan ALLAH SWT and family je tempat mia bergantung sekarang . mia percaya,semua tu dugaan daripada Allah . Allah duga mia sebab nak tengok hamba dia kuat atau tak kan . mia kuat ! ingat tu mia :') . mia tertanya . orang zaman sekarang nie memang suka fitnah,reka cerita pasal orang eh? diorang fikir kita nie takde perasan ke ape . serius . i feel like i want to kill person like that . they just know how to mess someone life . waterpark ! kita hidup nie tak perlu la nak mengkusutkan hidup orang . kalau kita rasa diri kita dah perfect sekalipun,tak perlu nak menunjuk . tapi mia rasa,kita sebagai hamba Allah nie semua sama je . Allah bagi kelebihan kat seseorang tu sebab nak tengok sejauh mana hamba dia bersyukur . ingat sayang sayang sekelian,nobody perfect in this world . tak perlu nak bongkak,takbur,menunjuk-nunjuk segala bagai . Allah tarik balik kelebihan tu kang baru tau . lagi satu,kalau kita nak kutuk orang sekalipun,cuba kita fikir balik . ape kesalahan orang tu dah buat kat kita sampai perlu menyakiti mulut kita dengan mengutuk orang tu . NO right? then,yang kita gatal-gatal mulut kutuk dia kenapa . even dia ada buat salah sekalipun,kita bagi nasihat . bukan mengutuk . dengan mengutuk,bukannye boleh mengubah ape-ape pun . orang tu tak puas hati dengan kita?abaikan . tu sebab hidup kita dah cukup sempurna,bahagia,gembira,complete daripada hidup diorang . dalam erti kata lain,diorang jeles dengan kehidupan kita . i'm sure,85% manusia kat bumi nie mesti ada tak puas hati kat seseorang tu . just abaikan kayy . kalau kita dengar diorang perli,ngutuk,ngumpat or whatever,cakap terima kasih . sebab apa?sebab diorang dah bagi pahala diorang free free dekat kita . alhamdulillah :) . klah readers . i thought sampai kat sini je kot mia typing . in sya allah,kalau takde aral melintang,esok mia update entry lain kayy . goodnight sayang sayang sekelian . ASSALAMUALAIKUM ^^
Saturday, July 20, 2013
CIRI - CIRI LELAKI IDAMAN MALAYA !!!!
1. ROMANTIK - berdasarkan mata mia yang tak berapa nak cantik dan anggun nie,mia perhatikan yang kebanyakkan perempuan suka dengan lelaki yang romantik ..betul eh?mungkin betul kot ..yelah,perempuan kan manja ..cuba bayangkan kalau kita dapat lelaki yang romantik ..mak aih,memang takkan lepas dah after that ..kan kan kan?ala,ngaku jelah dalam hati korang pun cakap cmtu ^^..
2. PENDENGAR YANG BAIK
-perempuan sebenarnya suka memendam masalah sendiri tau ..that why perempuan suka cari lelaki yang sudi menjadi pendengar yang baik terhadap diorang ..yelah,kalau perempuan mempunyai masalah,mesti dia akan cari lelaki tu ..bagi diorang,cukuplah lelaki tu jadi pendengar yang baik ..yang sudi dengar masalah diorang ..kalau tak percaya,cuba lelaki menyamar kejap jadi pendengar yang baik ..confom ramai yang gilakan awak kaum adam ..
3.HANDSOME
-ha,yang ny jangan cakap ..perempuan zaman sekarang suka cari lelaki yang handsome ..kalau tak handosme macam izzue islam ke,aaron aziz ke,cukuplah ada rupa ..bukan apa,perempuan ny jenis yang suka jaga kecantikan ..kalau boleh,diorang nak jugak cari lelaki yang pandai jaga muka gak ..thats why kalau korang tengok,dalam facebook,twitter,flickr,insta and semua laman sosial kejadah tu,budak lelaki yang ada rupa mesti akan 'HOT' atau lebih dikenali sebagai popular ..ala,kalau korang tak layan laman sosial semua tu,korang tengok jelah kat sekolah-sekolah ..budak-budak yang popular kebanyakkan nye mesti handsome kan ..
4.SETIA
-setia?eh,of course ..siapa yang taknak lelaki yang setia ooi ..cuba korang kumpulkan semua perempuan kat dalam bumi nie *jangan ikut nasihat gila aku*,then tanya diorang nak tak lelaki yang setia ..ha,dah memang confom-confom diorang nak ..kalau boleh nak jenis yang setia hingga hujung nyawa tau ..tapi,zaman sekarang nie wujud lagi ke lelaki yang setia?rasanya dalam sejuta tu,cuma ada 2 3 orang je ..mia sendiri dah kena berapa kali ..semuanya sebab wujud orang ketiga ..biasalah lelaki,pantang nampak perempuan yang cantik sikit ..kalau relay korang tahan lebih dari setahun,kira alhamdulillah la tu ..eh eh,mia bukan doakan relay korang tak kekal lama ..tak tak !!!jangan fikir lain ..sekarang nie pun,mia tengah research apa sebab lelaki tak boleh setia ..tapi kebanyakkan nye yang mia nyatakan kat atas tu lah ..so kaum hawa,berhati-hati eh kalau nak pilh kawan dengan boyfie ..jangan sampai dapat kawan yang tikam belakang ..:)
5.CARING,TAK PANAS BARAN
-kalau korang nak tahu,di samping suka lelaki yang handsome,setia and apa semua tu,perempuan also suka lelaki yang caring and tak panas baran ..SERIUS,mia tak tipu ..kalau tak percaya,pergi tanya awek korang ..kalau takde awek,tanyalah mak ke,kakak ke,adik perempuan ke or ikut suka korang lah ..tapi jangan tanya moyang korang plak ..kecian moyang korang nak menjawab ..ini kerana,perempuan mempunyai sekeping hati yang lembut ..maksudnya jiwa yang lembut lah ..aish .korang tengking diorang sikit je,diorang dah sedih tau tak ..tak pasal-pasal diorang taching dengan korang,haaa naya ..perempuan dah lah susah nak pujuk ..lelaki pun satu ..kalau korang tak boleh caring sangat pun,berterus terang lah dengan perempuan tu terus ..nie tak ..sebulan dua bulan,boleh lagi menyamar caring ..sabar dengan perangai perempuan yang manja ..masuk bulan ketiga,haa ..mula lah semua nak baran ..perempuan ta bagitau dia nak keluar dengan kawan dia,dah kena marah ..eh eh,ko ingat perempuan tu anak patung ke ..wah wah wah ..and lagi satu ..jangan lah korang jadi caring sangat sampai perempuan nak pergi mana-mana nak kena bagitau ..perempuan pun sama ..bagi kebebasan sikit antara satu sama lain ..haa,baru relay berpanjangan ..
6.BERKERJAYA
-kalau korang tak berkerjaya,macam mana korang nak tampung kehidupan anak dara orang?cuba jawab ..takkan korang nak bagi isteri and anak-anak korang makan batu je ..mesti tak elok kan ..so,better dari awal korang cari kerjaya ..walaupun tak besar mana gaji korang,tak kisah lah ..janji korang dapat tampung kehidupan insan istimewa dalam hidup korang tu ..okay?
tu je kot ..nie semua based on mia nyer pemerhatian tau ..kalau korang ada yang nak tambah lagi,comment-comment la eh ..so to all kaum adam and hawa,think first before you all nak take a very big step that is married ..jangan ingat kahwin tu mudah ..banyak halangan and cabaran yang bakal korang hadapi ..tapi,kalau korang sentiasa berdoa and sentiasa percaya antara satu sama lain,in sya allah perkahwinan korang until JANNAH !tak susah pun kita nak ikut apa yang ALLAH dah rancang ..so kaum adam,jadikan entry nie sebagai kelebihan tuk korang ngorat perempuan ..tapi pape pun,ilmu tu lagi penting k ..heeeee ..klah ..nak blogwalking kat blog lain plak ..papai uolsssss ^^ ..
AKHIRNYA !!
Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non-muslim readers =) ..satu hari tak update ..rindu tak rindu tak? haha ..dah mia,takyah nak buat lawak stupid tak tentu hala kat sini ..semalam tak tahu k nak tulis ape sebenarnya ..otak beku + blank ..nak kata sedang menghadapi exam,musim exam lambat lagi kot ..but today,secara tiba-tiba kata-kata nak terluah banyak plak keluar dari kepala otak ..mungkin bakteria-bakteria kat dalam otak ny dah tak sanggup nak simpan lama-lama kot kata-kata mia ..k,tak lawak ..haaa,hari nie mia dah berjaya menggodek blog mia ..banyak kot yang dah berubah ..and guest what? ..setelah beberapa tahun mia selidik macam mana nak letak gambar dekat header,AKHIRNYA!!!!!!!mia berjaya ..haha,bangga k ..even tak berapa okay lagi,but nevermind ..lama-lama nanti mia tau la nak mencantikkan lagi blog mia nie ..apa yang mia rasa menyemak kat dalam blog mia tu,mia buang ..and yeah,rasa lapang sikit tengok blog baru mia tu ..tak cantik?eh eh,blog mia ke blog korang?ikut suka korang la nak kutuk ke,nak perli ke,mia tak amik peduli pun ..even urat usus + urat hempedu duk tahan gelak pun,i don't care ..*kau ayat ..kedoktoran sangat --'*..tu je yang mia nak cakap ..dah ayat-ayat tu je yang ditolak keluar oleh bakteria ..tak kan nak marah bakteria plak suruh keluarkan kata-kata yang agak baik sikit ..tampar 100 juta kali baru bakteria tu dengar kot ..k,ayat mintak kaki ..klah ..takde pape dah nak story ..papai uolssss ^^ ..
Wednesday, July 17, 2013
CUKUP DUA SETAHUN . FINISH!!!!!
Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non muslim readers ..sementara nak menanti masuk waktu buka,mia nak update kejap blog kesayangan mia ny ..hehe ..mia nak luah kat blog about something ..actually,di petang yang aman ny,mia dapat satu berita yang paling mia tak sangka-sangka ..mia ingatkan dia just main-main ..rupa-rupa tak ..and yeah,that story is mia dah putus dengan dia ..hampir dua tahun,and this is the end of the story ..agak sedih la gak ..tapi takpe ..mia kuatkan :')..lebih baik dia tinggalkan mia dari dia abaikan mia ..like a stupid person right? ..bayangkan,dua bulan tak mesej,tak call,siapa tak sakit hati ..air mata mia dah tak larat nak jatuh ..kalau jatuh pun jadi air terjun maybe ..and tak sangka plak perempuan tu pernah jadi kawan yang mia pernah share masalah dengan dia ..haha ..sumpah best kena tikam belakang dengan kawan macam tu ..rasa macm nak amik pisau then potong-potong ayam je --'..*mesti korang semua ingat mia nak amik pisau then nak bunuh orang kan* ..so kaum hawa,lepas nie jangan terpengaruh dengan janji-janji lelaki yang kononnya nak setia dengan korang k ..awal-awal je boleh setia ..lepas setahun,mulalah buat hal bila jumpa dengan yang lagi cantik ..susah la zaman sekarang nak cari lelaki yang boleh setia dengan sorang je ..mentang-mentang kuota diorang empat,empat-empat nak isi ..tapi,kalau korang dapat lelaki yang setia dengan korang sorang je,janganlah korang mainkan perasaan dia ..sebab lelaki,kalau betul setia,dia setia ..kita pun jangan nak percaya sangat dengan orang yang kita baru kenal ..orite ..nanti kita jumpa next entry k ..azan nak berkumandang dah tu ..papai uolssss^^ ..
Tuesday, July 16, 2013
OPSS !!!!!!
Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non muslim readers =) ..Hari nie mood nak update takde sangat ..jadi jangan tanya kenapa mia just update satu kali je ..not like semalam ..okay ..nampak tak tajuk entry kali nie ..mesti semua tengah dup dap nak tau kan ..actually,mia nak share dengan korang semua salah satu pengalaman mia yang baru mia dapat hari nie ..nak tau x?haaaaaaa *bunyi dram + gitar * ..tadi kan,waktu kelas vocab,mia kena buat satu tugasan ..tugasan yang tak pernah sekali pun terlintas kat kepala mia tau ..and yeah,tugasan nyer ialah mia kena nyanyi kat depan kelas ..repeat again ..NYANYI KAT DEPAN KELAS !!!!!!gila kan ..rasa macam nak cubit-cubit je lecture mia masa tu tau ..dahlah orang kedua yang nyanyi ..aish ..getar la jugak masa nyanyi tu ..nak tau mia nyanyi lagu ape?of course lagu fav mia ..WAIT FOR YOU by ELLIOT YAMIN ...walawei,mia memang gila betul la dengan lagu tu ..kalau tengah layan perasaan then dengar plak lagu tu,confom meleleh air mata ..CONFOM!daripada mia nyanyi lagu yang tah pape,bek mia nyanyi lagu yang boleh tenteramkan perasaan mia kan ..okay,next chapter ..sebenarnya kan,waktu mia nyanyi kat depan tu kan,mia perasan ada someone dok tengok mia nyanyi tau ..and mia tau budak tu ..taulah mia nyanyi tak sedap ..janganlah asyik tengok je ..sumpah malu tau tak ..dahlah lecture mia dah bagi mia malu kat depan tu ..rasa macam nak sorok je muka kat bawah meja ..kalau boleh la ..boleh plak kan tengah duk nyanyi-nyanyi tu sempat lagi ngutuk mamat tu ..ha,talking about that boy,mia nak cakap something ny ...kalau mia boleh jerit,mia dah lama jerit tau tak ..kan best kalau dapat pergi kat tepi bukit then lepaskan perasaan kita kat sana ..bila lah boleh buat macam tu *sigh* ..mia sebenarnya nak cakap yang "CAPITAL E,MIA DAH MULA START SUKAKAN AWAK ..AND THE MOST PELIK THING,MIA DAH MULA SAYANGKAN AWAK :')!!"k,pengakuan berani mati ..haha ..tapi takpe ..mia cuma berani luahkan kat blog ny je ..mia tak kan berani nak luahkan face to face ..giler kau ..mati ak kena bash ..lagipun,ada kawan classmate mia suka kat dia ..takpelah ..redha mungkin ..siapa kita nak halang orang yang kta suka tuk menyukai orang lain ..and mana nak tau dia pun dah ada makwe ..takpe k mia ..kakak mia ada cakap dengan mia ..kalau kita sukakan seseorang tu,lebih baik kita diam kan daripada kita heboh-hebohkan ..kalau kita heboh,mana tau dia malu then dia dah taknak kawan dengan kita ..kan susah ..kalau diamkan,kita berdoa je kat ALLAH supaya bagi kita petunjuk ..thanks kak ..in sya allah satu hari nanti mia akan dapat orang yang lagi baik dari dy ..MUNGKIN!seriusly,rasa nak menangis plak tulis entry ny ..haha *lap air mata* ..klah ..kita jumpa next enrty ..papai uolsss ^^ ..
CIRI-CIRI BAKAL ZAUJ SEUMUR HIDUP !!!!!!!!
Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non-muslim readers =) ..hye korang *lambai tangan bak puteri* ..korang buka apa tadi?mia ngan roomate mia cuma masak sardin n telur goreng je ..sedih kan?nak buat macam mana ..lumrah kehidupan sebagai seorang student yang merantau jauh daripada family ..sila sedih beramai-ramai ..dah dah ..takyah nak buat ayat sadis kat sini mia ..okay,tukar topik ..kali nie mia tulis entry dengan hati yang berbunga-bunga ..mesti korang semua pelikkan kenapa mia rajin sangat update blog sampai dua kali hari nie ..hihi ..mia pun takde reasons ..mungkin bila mood nak update tu datang,mia update ..KOT!! ..k,abaikan ..baca kan tajuk kat atas tu ..gempak tak gempak tak ..actually,mia nak share la dengan korang semua yang tengah membaca blog mia nie about ciri-ciri idaman bakal imam mia satu hari nanti *ketawa tutup mulut* ..jangan nak ngutuk eh ..baling bom kat korang japg kang *acah-acah nak jadi askar* ..mia tulis entry nie sebab mia dah jumpa dengan orang yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan yang mia nak ny ..tapi sayang ..dia smoking ,,mia dahla alah dengan orang yang smoking ..except mia nyer big bos ..sebab big bos mia kalau merokok,dia akan lari jauh-jauh ..nak kena serangan peluru dengan anak-anak and mem besar lah kalau merokok dekat dengan kitaorang ..okay,sambung ..mungkin entry sebelum nie sesuai dengan entry kali nie kot ..dahlah ..daripada banyak membebel,baik mia cerita je ..
1.BERIMAN,HORMAT ORANG TUA
-yang kat atas tu yang paling penting sekali ..mia kalau boleh nak cari bakal zauj yang boleh membimbing mia ke jalan ALLAH ..in sya allah jumpa ..biar rumah tangga harmoni kan ..orang tua-tua pun cakap,orang yang beriman ny muka dia akan berseri-seri ..and and and,hormat orang tua ..dia pandai amik hati parents mia,pandai jaga hati diorang,and sayang diorang macam sayang kat anak diorang ny ,,,kalau dia hormat orang tua,means dia pandai la bawak diri dia ..kan?kalau pandai sayang anak diorang je tapi tak pandai hormat bakal mentua dia,watpe ..awal-awal lagi mia dah reject ..
2.PENYAYANG,LEMAH LEMBUT,BAIK HATI,PENYABAR
-mia kalau boleh nak bakal zauj mia seorang yang penyayang,lemah lembut,baik hati and penyabar ..uish,siapa yang taknak bakal zauj diorang macam tu kan ..maksud lemah lembut tu,bukan yang jenis!!!alah,korang sendiri faham-faham lah ..jangan nak fikir lain eh ..bagi mia,maksud lemah lembut tu dia seorang yang pandai menjaga kelakuan dia ..bukannya jenis depan bakal mentua cakap macam cakap dengan kawan ..penyabar?yelah,siapa yang nak bakal suami yang panas baran?semua mesti taknak kan ..kalau gaduh sikit je,mulalah pukul sana,sepak sini ..ingat perempuan nie anak patung ke ..perempuan pun perlu disayangi jugak kay..
3.SETIA
-mia nak dia setia dengan mia sampai ke hujung nyawa ..cewahhh ..memang betul lelaki boleh kahwin 4 ..tapi seriusly,mia tak sanggup nak share kasih sayang suami mia dengan orang lain ..bagi mia,biarlah dia jadi hak mia selama-lamanya ..bukannya jenis depan isteri nampak baik ..belakang isteri,mak aih ..naik taring ..mintak selisish la kalau macam tu ..tapi zaman sekarang nie memang susah nak jumpa lelaki yang setia ..yang curang,banyak ..yang setia,FUHHH!!!!
4.ADA KERJAYA,BERHARTA,ADA RUPA
-and lastly,dia mesti ada kerjaya ..kalau tak,macam mana nak sara anak bini ooi ..ingat zaman sekarang senang ke nak sara hidup ..susah kot ..lagi-lagi kalau hidup kat kota metropolitan ny ..memang payah lah nak hidup kalau takde kerjaya ..big bos and mem besar mia pun suruh mia cari calon suami yang ada kerjaya ..diorang taknak la nak diorang nie hidup melarat lepas kahwin ..yang paling lawaknya apa tau ..mia selalu berangan nak kahwin dengan orang yang ada syarikat sendiri ..hihi ..tak salahkan kalau kita angan-angan kan sesuatu tu ..sebab selalunya orang yang ada syarikt sendiri ny smart ..mia suka dengan lelaki yang pnadai bergaya nie ..haha .
okay,habis ..tu je ciri-ciri yang mia nak bakal zauj mia ada ..ada rupa tu,belakang cerita ..yang satu,dua,tiga tu yang penting ..jumpa je orang yang ada ciri-ciri macam tu,confom mia terus ajak jumpa parents mia ,,haha ..tapi,kalau dapat pilihan keluarga pun okay gak lah ..sebab orang-orang tua cakap bercinta lepas kahwin nie bagus ..kekal lama ..erk?klah ..papai uollsss ..jumpa next entry ^^..

1.BERIMAN,HORMAT ORANG TUA
-yang kat atas tu yang paling penting sekali ..mia kalau boleh nak cari bakal zauj yang boleh membimbing mia ke jalan ALLAH ..in sya allah jumpa ..biar rumah tangga harmoni kan ..orang tua-tua pun cakap,orang yang beriman ny muka dia akan berseri-seri ..and and and,hormat orang tua ..dia pandai amik hati parents mia,pandai jaga hati diorang,and sayang diorang macam sayang kat anak diorang ny ,,,kalau dia hormat orang tua,means dia pandai la bawak diri dia ..kan?kalau pandai sayang anak diorang je tapi tak pandai hormat bakal mentua dia,watpe ..awal-awal lagi mia dah reject ..
2.PENYAYANG,LEMAH LEMBUT,BAIK HATI,PENYABAR
-mia kalau boleh nak bakal zauj mia seorang yang penyayang,lemah lembut,baik hati and penyabar ..uish,siapa yang taknak bakal zauj diorang macam tu kan ..maksud lemah lembut tu,bukan yang jenis!!!alah,korang sendiri faham-faham lah ..jangan nak fikir lain eh ..bagi mia,maksud lemah lembut tu dia seorang yang pandai menjaga kelakuan dia ..bukannya jenis depan bakal mentua cakap macam cakap dengan kawan ..penyabar?yelah,siapa yang nak bakal suami yang panas baran?semua mesti taknak kan ..kalau gaduh sikit je,mulalah pukul sana,sepak sini ..ingat perempuan nie anak patung ke ..perempuan pun perlu disayangi jugak kay..
3.SETIA
-mia nak dia setia dengan mia sampai ke hujung nyawa ..cewahhh ..memang betul lelaki boleh kahwin 4 ..tapi seriusly,mia tak sanggup nak share kasih sayang suami mia dengan orang lain ..bagi mia,biarlah dia jadi hak mia selama-lamanya ..bukannya jenis depan isteri nampak baik ..belakang isteri,mak aih ..naik taring ..mintak selisish la kalau macam tu ..tapi zaman sekarang nie memang susah nak jumpa lelaki yang setia ..yang curang,banyak ..yang setia,FUHHH!!!!
4.ADA KERJAYA,BERHARTA,ADA RUPA
-and lastly,dia mesti ada kerjaya ..kalau tak,macam mana nak sara anak bini ooi ..ingat zaman sekarang senang ke nak sara hidup ..susah kot ..lagi-lagi kalau hidup kat kota metropolitan ny ..memang payah lah nak hidup kalau takde kerjaya ..big bos and mem besar mia pun suruh mia cari calon suami yang ada kerjaya ..diorang taknak la nak diorang nie hidup melarat lepas kahwin ..yang paling lawaknya apa tau ..mia selalu berangan nak kahwin dengan orang yang ada syarikat sendiri ..hihi ..tak salahkan kalau kita angan-angan kan sesuatu tu ..sebab selalunya orang yang ada syarikt sendiri ny smart ..mia suka dengan lelaki yang pnadai bergaya nie ..haha .
okay,habis ..tu je ciri-ciri yang mia nak bakal zauj mia ada ..ada rupa tu,belakang cerita ..yang satu,dua,tiga tu yang penting ..jumpa je orang yang ada ciri-ciri macam tu,confom mia terus ajak jumpa parents mia ,,haha ..tapi,kalau dapat pilihan keluarga pun okay gak lah ..sebab orang-orang tua cakap bercinta lepas kahwin nie bagus ..kekal lama ..erk?klah ..papai uollsss ..jumpa next entry ^^..

Monday, July 15, 2013
RINDU!!!!!
Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non-muslim readers =)..fuhhh,hampir seminggu sibuk dengan urusan PTPTN and daftar subjek baru sampai tak sempat nak update blog ..oleh kerana hari nie mia free kedebabom,lepas penat kemas rumah semua tu *jadi rajin jap*,mia pun terfikirla nak update blog ..alhamdulillah,pejam celik pejam celik,mia dah nak masuk sem 2 ..19.8 ny mia dah final exam for sem 1 ..in sya allah boleh buat ..amin amin amin ..okay,entry kali nie,baca tajuk kat atas tu *sambil tunjuk gaya manja* ..haha ..rindu?rindu kat siapa la tu kan ..actually,seminggu yang lepas,mia asyik rindukan seseorang ..mia tak taula apa maksud nyer kan ..tapi tulah,setiap kali mia nak tidur,mia teringtkan dia ..nak buat kerja sikit,teringatkan dia ..aish,gila angau dah tu ..and yeah,setiap kali mia rindukan dia,mia mesti berdoa kat ALLAH ..sebab ape?sebab ALLAH itu MAHA MENDENGAR ..orang tua-tua cakap,"Jika mahukan seseorang sangat-sangat,mohonlah pada ALLAH.Bukan merayu-rayu pada empunya diri.Bila empunya diri menolak,siapa yang kecewa?Namun jika mohon terus pada ALLAH,ALLAH akan bagi dua kemungkinan.Mungkin DAPAT dia,atau mungkin dapat YANG LEBIH BAIK darinya ..:)"mia dapat rasakn orang tu tengah bahagia sekarang ..alhamdulilllah ..tak salahkan kita rindukan seseorang yang dah jadi milik orang lain :') *erk*..klah ..nanti ada masa mia update next entry ..papai uolssss ..
Wednesday, July 10, 2013
new begining as a mahasiswi
Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non-muslims.Apa khabar korang kat sana?sihat?yang muslim tu puasa tak?hahaha ..k,lari tajuk ..nampak tak tajuk kat atas tu?ha,sekarang mood mia tengah baik ..jadi mia nak story mory kat korang semua yang akan baca tu,tentang pengalaman mia sebagai seorang mahasiswi ..kita lompat chapter 2 balik ..haha ..okay ..alhamdulillah,mia telah berjaya menjadi mahasiswi pada 31 May 2013 ..and yeah,mia diterima masuk dekat KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITY COLLAGE ..or lebih dikenali sebagai KLMUC ..ala,ipt swasta je ..mesti korang tertanya kan macam mana mia boleh masuk kolej swasta ny ..tak pun mesti dalam hati tengah syok ngutuk mia ..cakap mia menunjuk la,berlagak kaya la and macam-macam la ..mia tak kisah pun korang nak cakap apa ..mia bayar yuran kolej guna duit ayah mia k ..bukan duit korang ..so,WHATEVER ...okay,sambung balik ..haaaaaa*bunyi dram* ..orite,mia cerita ..oleh kerana result mia yang tak terlebih baik and tak terlebih buruk,parents mia suruh la mia mohon dekat apa-apa kolej swasta ..mia ingatkan nak buat rayuan for uitm ..tapi mia tau,mia takkan lepas ..until my big bos cakap 'ala nak,study kat kolej mana pun sama je ..janji ko belajar betul-betul' ..terharu k dengar ayat big bos mia tu ..tapi sebelum tu mia confius jugak la nak register ke tak ..sebab mia tau,kalau kolej swasta mesti yuran dia mahal kan ..tapi,lepas dapat semangat daripada my big bos,mem besar and my adik yang sekarang ny dekat kolej vokay,mia pun mohon la ..banyak sebenarnya mia mohon for kolej swasta ..macam kolej ypc,kolej msu,segi,and banyak lagi la ..mia tak tahu plak semua permohonan mia tu diterima ..sama gak dengan klmuc ny ..sampai mia tak tahu nak pilih yang mana satu ..buntu ..yang kolej ypc,mia dapat foundation in business management ..yang segi,accountancy ..yang msu,business management ..yang klmuc,e-business ..mula-mula mia ingat mia nak amik kolej ypc ..sebab mia dapat biasiswa 100% ..so tak payah la nak susahkan parents mia bayar duit yuran kan ..tapi tak tahu plak yang kolej klmuc ny lagi pantas ..time mira ngah kerja *ngah sapu sampah k masa tu*,mia dapat call daripada puan rohani,one of the ahli kuat dekat klmuc ny ..dy call, dy cakap 'mia dpat tawaran daripada klmuc ..mia nak terima ke tak ..'after mia bincang-bincang dengan big bos mia,mia pun pergila daftar ..kena bayar 450 for pendahuluan ..big bos mia tak kisah ..boleh plak cakap,'ala,sikit je tu ..'mak aih,biar betul big bos mia ny ..dah siap pendaftaran semua tu,mia pun dapat la tempat kat dalam klmuc ny ..and tepat tarikh 31 May 2013,mia pun daftar la masuk ke asrama ..and now,dah dekat sebulan mia menjadi mahasiswi dekat sini ..alhamdulillah ..mia boleh catch up semua subjek dy ..even kadang-kadang ada rasa malas nak pergi kelas,tapi gagahkan jugak diri mia ..yelah,kelas mia ada yang sampai malam ..memang muncul lah sikap kemalasan tu ..sebab mia nak amik gelaran anugerah dekan tu ..mia nak banggakan parents mia ..kalau tak bila lagi mia nak banggakan diorang kan ..walaupun mia tension bila assignment banyak *banyak k rambut dah gugur sebab assignment ny*,tapi tabahkan la jugak hati buat ..sekali dengan markah exam tu ..ha,sebut pasal exam,lagi dua minggu je mia bakal hadapi hari penting tu ..macam tak percaya plak ..mia dah nak masuk sem 2 ..aish ..klah korang ..nanti mia sambung chapter 3 plak k ..mia cerita pasal asrama mia plak ..ada kelas tengah menanti mia ny ..hihi ..papai korang ..jumpa next entry ..=)
Tuesday, July 9, 2013
new again !
Assalamualaikum w.b.t to muslim readers and salam sejahtera to non-muslim =)....mak aih,janji tinggal janji ..dulu beria-ria mia cakap nak jadi blogger aktif ..sekarang,habuk pun tarak ..nampak tak bertapa berhabuknya blog mia ny ...alahai ..banyak nak kena ubah la blog ny ..nampak makin berserabut plak ..need HELP!!!k,abaikan ..korang jangan banyak cakap plak eh kalau nampak mia men tukar-tukar tulisan ..mulut tu stapler-stapler kang ...*timbul tanduk demon atas kepala* ..rasa pelik kalau guna tulisan yang lama tu ..nampak macam budak-budak kecik plak ..haha ..weyy,idea buntu ..nak tukar semua kat dalam blog ny ..tpy,otak dah jadi kosong ..sempat tukar lagu ngn tulisan je ..nak tukar background,kang jadi memacam plak kang ..jenuh nak kena godek balik ..ingat gua rajin tahap budak bijak ke nak godek-godek blog ny ..dah la nak kena memikirkn masalah negara yang makin menular tu *ayat mintak penampar kann* ..perlukan masa k perlukan masa -_- ..k,tukar topik ..macam tak percaya lak esok dah puasa ..rasa macam baru je lagi awal tahun ..and yeah,tahun nie mia akan berpuasa sebagai seorang mahasiswi ..selalu tahun-tahun lepas berbuka dengan family ..sekarang,mia akan berbuka dengan roomate mia yang seramai 4 orang tu plak ..agak sedih la gak sebab mia tak dapat tolong ibu mia prepare barang untuk niaga ..ibu kena buat sorang ..mesti penat kan ..takpe-takpe,setiap kali hujung minggu je,mesti mia akan balik ..wajib ..kalau tak,siapa lagi nak tolong ibu mia kemas semua tu kan ..*mula dah start rindukan ibu* ..ouh ya,mesti korang-korang semua yang tengah baca tu pelik kan macam mana mia dah berjaya jadi mahasiswi ..eh,mia memang suka lompat chapter ..chapter 3 tak masuk lagi,mia dah lompat chapter 10 ..hahaha ..k,tak lawak ..nanti bila mia ada masa,mia akan ceritakan kat korang semua mia sambung belajar dekat mana,siapa roomate mia and so over ..k ar ..seriusly sleepy ..dah menguap 60 kali ny ..*jangan percaya* ..papai korang ..nak g sambung tido ..*kelip mata 10 kali*
Sunday, June 2, 2013
JUN
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
HAI AND SALAM SEJAHTERA TO ALL NON-MUSLIM READERS ..LAMANYA MIA TAK UPDATE BLOG NY KAN ..ALAHAI ..SIBUK MENGALAHKAN MENTERI DAH SEKARANG ..HAHA ..K,ABAIKAN ..SEKARANG DAH MASUK BULAN JUN ..ULANG SUARA,BULAN JUN ..APA KENA MENGENA DENGAN BULAN JUN TU CIK KIAH OOII :)..ACTUALLY,BULAN JUN NY LA BULAN YANG PALING MIA NANTI-NANTIKAN ..WHY?SEBAB,MIA DAH BERGELAR SISWI DAH ..HEHE ..START 31.5 HARI TU,MIA DAH START MASUK KOLEJ ..MIA MASUK KOLEJ KLMUC ..AND YEAH,MIA TERIMA KOLEJ TU SEBAB MIA DAPAT TAWARAN BELAJAR COURSE YANG MIA MINAT ..COURSE APE?MESTILAH COURSE PENGURUSAN PERNIAGAAN ..WAH,KEMBANG KAU BILA DAPAT TAU MIA DAPAT TAWARAN COURSE TU ..KEMBANG SEMANGKUK DAH ..*AYAT MINTAK PENYEPAK TU* ..SEKARANG,MIA DAH BOLEH LA TERUSKAN NIAT MIA NAK JADI BLOGGER SEPENUH MASA ..SEBAB DAH ADA LAPPY SENDIRI KAN ..SENANGLA NAK SELALU UPDATE LEPAS NY ..MUAHEHEHEHE ..K,SEKARANG MIA XDE MOOD LAGI NAK CERITA PASAL MIA NYER ASRAMA ..ESOK JELAH MIA CERITA K ..HEHE ..JUMPA ESOK ..
Thursday, April 25, 2013
kehidupan selepas sekolah
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
hye dan salam sejahtera to all muslim and non muslim readers ..walawey,lama jgk la mia tak update blog ..kalau dulu alasan mungkin boleh diterima sebab sibuk dengan spm ..sekarang,alasan apa lak nak bagi? ..mia still sibuk la sekarang ..sibuk pasal apa?of course pasal kerja ..oh ya,talking pasal kerja,mia sekarang kerja kat delifrance tau..ala,cafe yang dari perancis tuh ..kalau tak tahu buat" tahu la ek ..=) ..penat kot sejak kerja kat delifrance ny ..rasa macam nak berhenti je ..tapi bila fikir duit nak beli novel + nak masuk U kang,tak jadi la nak berhenti ..kalau tak memang seminggu dua je kot mia akan kerja kat situ ..yelah,mana tak penat nye ..kalau ada je staf tak datang,muka mia jugak kena buat full ..boleh dikatakan muka mia ny muka budak full -_- ..hewhew ..yelah,sapa lagi yang manager boleh harap tuk buat full ..selamat gaji dia pun masyuk ..hoho ..tapi yang tak bestnya,mia xde kawan yang sama baya kerja sekali ..xtau nak huha huha dengan sapa ..dahla staf"kat delifrance ny kebanyakkannya tua dari mia ..alahai ..klah ..meet entry seterusnya ..bubye ..
Friday, March 1, 2013
SENYUM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
hye dan salam sejahtera to all non-muslims and muslims readers^^. .entry kali nie,SENYUM. .selalu orang cakap,senyum tu sedekah kan. .dengan satu senyuman sudah menunjukkan akhlak kita macam mana. .x susah pun sebenarnya nak senyum. .walaupun kita dalam kesakitan,tengah bergaduh dengan kawan,atau baru lepas putus cinta,senyum la. .in sya allah senyum kita tu dapat menenangkan hati kita selain daripada sembahyang and membaca al-quran. .tau x,sebenarnya senyum dapat menghasilkan endorphine yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. .acamane tu?cari sendiri. .*gelak jahat. .*hoho. .takpelah. .meh kita sharing sikit 15 fakta tentang senyum. .sharing is caring kan. .hewhew. .
15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN
2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
okay. .sampai disini saja sharing kita. .so,lepas nie mulakan la hari anda dengan senyuman. .jumpa next post. .hola. .=)
credit to: http://pemikirkaya.com
Thursday, February 28, 2013
KERJA!
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
hye dan salam sejahtera to all non-muslim readers^^. .entry kali nie,kerja. .hoho. .nak kerja ooii. . .penat dah menanam anggur kat rumah nie. .anggur pun dah boleh petik agaknya. .hoho. .lai lai. .sape nak anggur free,come to this alamat. .!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. .hewhew,joking. .merata dah aih cari kerja ngn kawan mia. .sebut je nama semua nama kedai. .7-E,delifrance,kenny,kfc. .rasa macam nak paksa lak manager kedai tu terus amik kitaorang kerja. .*ko hingat tu bapak ko punya kedai. .-_-*. .almaklumlah,budak lepas spm,mesti nak cari duit lebih kan. .xkan nak minta kat mak bapak plak. .aish,besar gajah pun masih nak minta duit parents ka. .xreti malu. .cuba bayangkan,kalau ada duit sendiri kan senang. .boleh shopping,boleh topap. .xyah dah nak minta-minta ngn parents. .petik je jari,semua boleh dapat. .beside that,boleh gak ringankan beban parents kita kan. .mana tau bila diorang xde duit,boleh gak kita bagi-bagi diorang guna duit kita. .cuba fikir jauh sikit. .lol. .hehe. .duduk kat rumah pun bukannya dapat faedah. .uish,badan pun boleh gemuk kot. . .sensitif tu. .ngeeee. .okaylah. .jumpa entry seterusnya. .hola. .
Tuesday, February 26, 2013
PENAT!
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
hye dan salam sejahtera to all non-muslims readers^^. .hoho. .sorry lama x update. .mia xtau nak update ape sebenarnya. .mia update nie pun sebab nak lepaskan geram. .yeahh,act mia baru lepas gaduh ngn mr.lullabby. .xtau nak cari siapa dah. .nak cari member2 mia,xmau menyusahkan diorang. .lagipun,cukupla mia dah share banyak masalah ngn diorang. .hmm,penat wey asyik gaduh je. .aish. .bosan,sedih,bengang,semua ada. .semua salah mr.lullabby. .10 kali mia dah cakap,mia xsuka ungkit kisah lama. .kenapa dy mesti xfaham. .susah lelaki macam nie. .now,mia off phone mia. .yeah,right*my tears will falling down like snow -_-*. .damn. .mia semput la asyik nak nangis je. .*boleh x satu hari mia nak menjerit bila mia gaduh ngn dy?*. .memang la dy senang je cakap perempuan asyik nangis. .wey,xtau ke hati perempuan lembut. .fikir la sikit. .huh. .tapi sekarang mia x dapat nafikan yg mia rindu nak mesej ngn dy. .okayla. .mia nk g tenangkan fikiran. .yahhh,praying is the best way. .bubye!
Tuesday, February 19, 2013
new everything
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
hye dan salam sejahtera to all non-muslims readers. .*kelip mata sikit^^*uhuk uhuk. .amik kau. .kan dah batuk. .habuk penuh kat blog ny. .aih. .last update,29 DISEMBER 2012. .nampak x berkurunnya mia x hupdate. .malas punya pasal campur lak dengan xtau nak update ape,biarkan jelah ke'habuk'kan blog ny. .dan oleh kerana mia dah tamat spm and sementara menjadi tukang 'tanam anggur' ny,mia merajinkan la tangan mia menupgrade semula blog ny. .sebab dah tanam niat kan nak jdy blogger yg aktif. .kalau x,ape sebabnya mia buat blog ny kan. .hewhew. .okay dah. .merepek jauh ke hulu ny. .sekarang,mia dah upgrade balik blog mia. .nampak kan blog mia dah berubah wajah. .not like the old one. .rasa hodoh lak tengok blog mia yg lama. .huhu. .yeah,spt biasa. .blog mia berubah wajah sbb dah new year kan. .oh ya,before tht HAPPY NEW YEAR peeps. .*kau,ketinggalan zaman sungguh. .*dah nak masuk bulan march dah pun. .baru nak wish. .hebat tak hebat tak. .haha. .mereban. .new year,new me,new blog and new everything la. .x sanggup nak menulis banyak2. .haha. .kalau perhatikan betul-betul pun,mia nyer tulisan dah berubah kan. .semua mia nak tukar. .baru nampak best. .haha. .okay. .mia nak stop menulis. .nak cari tutorial untuk mencantikkan lagi blog mia. .k,bubye peeps. .
Subscribe to:
Comments (Atom)