Saturday, November 16, 2013
al-fatihah :')
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera bloggers . hari nie mia dah kehilangan bestfriend mia . orang yang selalu bagi kata semangat dekat mia,orang yang selalu mia cari saat mia perlukan bahu selain ummi sofia,dah pergi dari hidup mia . tepat jam 7.00 malam bertarikh 16/11/2013,NUR SHAZATUL AUNA menghembuskan nafas terakhir di atas katil hospital . ya allah,aku kehilangan lagi orang yang aku sayang . dugaan apa yang kau beri kepadaku ya allah . 'Auna,kenapa auna sakit auna tak bagitahu mia . auna senyapkan dari mia . auna dah janji dengan mia kan auna takkan rahsiakan apa-apa . auna cakap auna nak pergi jauh . tapi sekejap je . mia tak sangka auna dah takde . buat selama-lamanya . mia terkedu tau auna saat mia dapat berita tu dari abang auna . patutlah sebelum nie waktu auna telefon mia,auna beria-ria mintak maaf dengan mia . malam tu jugak kita asyik gelak je kan . mia ingat lagi,auna pernah cakap auna nak jadi pereka baju pengantin mia satu hari nanti . kita nak bukak butik pengantin sama-sama kan . tapi kenapa auna tinggalkan mia dulu . auna pun cakap auna nak datang kL kan . nak dekat dengan mia . tapiii???auna dah tinggalkan mia . mana janji auna yang dulu . auna dah janji auna taknak tinggalkan mia kan . auna,mia rindukan auna . auna,auna ingat lagi tak waktu kakak mia nak pergi lawan hoki,mia menangis nak ikut kakak mia kan . lepas tu auna datang pujuk mia . auna bagi gula-gula,belanja makan choki-choki . sampai makanan tu jadi fav kita dua kan :'). mia ingat lagi waktu budak lelaki tertolak mia kat padang,auna marah budak laki tu . sampai auna dapat gelaran gengster kelas kan . auna ingat waktu mia kena gastrik?auna sanggup belanja beli air milo,beli makanan untuk mia . sedangkan kakak mia boleh temankan mia . tapi oleh kerana auna taknak ganggu kakak mia belajar,auna senyapkan . mia tak boleh lupa kenangan kita auna . banyak sangat . lepas tu,waktu mia nak pindah kL,auna menanggis tak bagi mia ikut family mia sekali . lepas kena pujuk dengan abang auna,baru auna henti nangis . mia tak sangka tu kali terakhir kita jumpa . mia teringat ayat terakhir yang auna beritahu mia . auna cakap ajal maut tak kenal usia . andai kata auna pergi dulu daripada mia,auna nak mia janji dengan auna yang mia takkan menangis . auna,saat mia dengar je auna dah takde,airmata mia tak henti mengalir . mia rindu sangat-sangat kat auna . rindu gelak tawa auna,gurauan auna,rindu nak main ejek-ejek skali . mia rindu semua tu auna . abang is,tolonglah telefon mia balik . cakap apa yang abang is beritahu tadi cuma gurauan . mia nak sangat-sangat auna ada . ya allah,lemah semangat aku ya allah . auna,mia mintak maaf sebab takde kat sisi auna saat auna menghembuskan nafas terakhir . abang is ada cakap yang auna pegang gambar kita amik waktu sukantara dulu sebab terlalu rindukan mia . kenapa auna tak beritahu awal-awal . auna,mia hanya mampu sedekahkan yassin dan al-fatihah je untuk auna . semoga auna tenang kat sana eh . in sha allah kalau mia datang sarawak,mia jenguk pusara auna . mia janji auna akan sentiasa ada kat dalam hati mia . auna,auna dengarkan apa yang mia cakap . auna bacakan apa yang mia tulis . auna nak tahu tak,airmata mia mengalir tak henti waktu tulis entry nie . mia tak dapat hentikan auna . mia dah cuba . kalau auna ada,auna mesti dah lapkan airmata mia kan . mungkin Allah lebih sayangkan auna . auna,janji eh auna tunggu mia kat sana . ya allah,aku tak boleh lupaka dia ya allah . aku rindukan senyuman dia ya allah . aku rindukan segala-galanya mengenai dia ya allah . tolonglah ya allah,kembalikan dia kepadaku . auna,mia perlukan bahu . mia nak auna balik ' . mia mintak maaf . mia terpaksa berhenti kat sini . assalamualaikum :')