Saturday, November 16, 2013

al-fatihah :')

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera bloggers . hari nie mia dah kehilangan bestfriend mia . orang yang selalu bagi kata semangat dekat mia,orang yang selalu mia cari saat mia perlukan bahu selain ummi sofia,dah pergi dari hidup mia . tepat jam 7.00 malam bertarikh 16/11/2013,NUR SHAZATUL AUNA menghembuskan nafas terakhir di atas katil hospital . ya allah,aku kehilangan lagi orang yang aku sayang . dugaan apa yang kau beri kepadaku ya allah . 'Auna,kenapa auna sakit auna tak bagitahu mia . auna senyapkan dari mia . auna dah janji dengan mia kan auna takkan rahsiakan apa-apa . auna cakap auna nak pergi jauh . tapi sekejap je . mia tak sangka auna dah takde . buat selama-lamanya . mia terkedu tau auna saat mia dapat berita tu dari abang auna . patutlah sebelum nie waktu auna telefon mia,auna beria-ria mintak maaf dengan mia . malam tu jugak kita asyik gelak je kan . mia ingat lagi,auna pernah cakap auna nak jadi pereka baju pengantin mia satu hari nanti . kita nak bukak butik pengantin sama-sama kan . tapi kenapa auna tinggalkan mia dulu . auna pun cakap auna nak datang kL kan . nak dekat dengan mia . tapiii???auna dah tinggalkan mia . mana janji auna yang dulu . auna dah janji auna taknak tinggalkan mia kan . auna,mia rindukan auna . auna,auna ingat lagi tak waktu kakak mia nak pergi lawan hoki,mia menangis nak ikut kakak mia kan . lepas tu auna datang pujuk mia . auna bagi gula-gula,belanja makan choki-choki . sampai makanan tu jadi fav kita dua kan :'). mia ingat lagi waktu budak lelaki tertolak mia kat padang,auna marah budak laki tu . sampai auna dapat gelaran gengster kelas kan . auna ingat waktu mia kena gastrik?auna sanggup belanja beli air milo,beli makanan untuk mia . sedangkan kakak mia boleh temankan mia . tapi oleh kerana auna taknak ganggu kakak mia belajar,auna senyapkan . mia tak boleh lupa kenangan kita auna . banyak sangat . lepas tu,waktu mia nak pindah kL,auna menanggis tak bagi mia ikut family mia sekali . lepas kena pujuk dengan abang auna,baru auna henti nangis . mia tak sangka tu kali terakhir kita jumpa . mia teringat ayat terakhir yang auna beritahu mia . auna cakap ajal maut tak kenal usia . andai kata auna pergi dulu daripada mia,auna nak mia janji dengan auna yang mia takkan menangis . auna,saat mia dengar je auna dah takde,airmata mia tak henti mengalir . mia rindu sangat-sangat kat auna . rindu gelak tawa auna,gurauan auna,rindu nak main ejek-ejek skali . mia rindu semua tu auna . abang is,tolonglah telefon mia balik . cakap apa yang abang is beritahu tadi cuma gurauan . mia nak sangat-sangat auna ada . ya allah,lemah semangat aku ya allah . auna,mia mintak maaf sebab takde kat sisi auna saat auna menghembuskan nafas terakhir . abang is ada cakap yang auna pegang gambar kita amik waktu sukantara dulu sebab terlalu rindukan mia . kenapa auna tak beritahu awal-awal . auna,mia hanya mampu sedekahkan yassin dan al-fatihah je untuk auna . semoga auna tenang kat sana eh . in sha allah kalau mia datang sarawak,mia jenguk pusara auna . mia janji auna akan sentiasa ada kat dalam hati mia . auna,auna dengarkan apa yang mia cakap . auna bacakan apa yang mia tulis . auna nak tahu tak,airmata mia mengalir tak henti waktu tulis entry nie . mia tak dapat hentikan auna . mia dah cuba . kalau auna ada,auna mesti dah lapkan airmata mia kan . mungkin Allah lebih sayangkan auna . auna,janji eh auna tunggu mia kat sana . ya allah,aku tak boleh lupaka dia ya allah . aku rindukan senyuman dia ya allah . aku rindukan segala-galanya mengenai dia ya allah . tolonglah ya allah,kembalikan dia kepadaku . auna,mia perlukan bahu . mia nak auna balik ' . mia mintak maaf . mia terpaksa berhenti kat sini . assalamualaikum :')

Saturday, November 9, 2013

doa , tawakal , redha :)



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera blogger :) . ehemmm,lama kan mia tak online . hmmm,actually banyak sebenarnye yang mia nak share dekat blog nie . tapi bila bukak je blog,mampus blank kepala otak tak tau nak update ape . hihihi . okay . ekcekeli,tadi mia godek-godek dashboard . then terjumpa satu entry . tajuk dia "adakah anda redha bila kehilangan orang yang kita sayang" . nak baca?klik link nie . http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/11/adakah-anda-redha-bila-kehilangan-orang.html . so,mia ingat mia nak jawab la bila akak comel tu tanya kan . hmmm,bagi mia,bila kita kehilangan orang yang kita sayang,mungkin pada mulanya kita susah nak terima hakikat kan . especially orang yang selalu ada dengan kita saat kita susah atau senang . like our parents,family,and friends . mungkin after a few weeks,kita dah boleh redha dengan semua tu . siapa tak sedih kehilangan orang yang kita sayang kan . mia mengaku mia pernah menangis tak henti after dapat tahu ayah angkat kesayangan mia,yang selalu bagi mia kata-kata semangat dalam olahraga meninggal dunia eksiden . yelah,daripada orang yang agak lemah dalam olahraga,terus boleh jadi wakil sekolah . siapa tak sedih kan . and yes,he died after going home from pray dekat surau . serius,masa tu rasa macam nak terbang je g melaka tengok arwah . sebab before that arwah pernah telefon tanya bila nak datang melaka lagi . arwah teringin nak jumpa mia . panggilan tu kali terakhir mia cakap dengan arwah . memang sebak sangat rasa . tapi alhamdulillah,lepas mia solat and bacakan yassin untuk arwah,mia kembali tenang . dapat terima hakikat . mia tersedar masa tu jugak yang mia ada lagi keluarga sebenar kat sekeliling mia . takde guna mia menangis bagai . bukannye boleh buat apa pun . alhamdulillah jugak la,ibu dengan ayah mia faham . rasa sebak bila teringatkan arwah . okay,kembali ke story asal . mungkin pada mulanya perit untuk kita terima semua yang dah berlaku . tapi bila kita dapat kata-kata semangat dari orang yang ada kat sekeliling kita,in sha allah kita akan terima ketentuan .kalau orang tu meninggal,mungkin Allah lebih sayangkan diorang . so sayang-sayang sekalian,hargailah orang yang sayangkan kita sebelum kita kehilangan mereka . jangan menyesal lepas kita kehilangan diorang . masa tu memang tak kita tak boleh nak buat apa-apa dah . menangis air mata darah sekalipun,kita tak mampu nak balikkan masa . berdoa yang mampu kita bagi . doakan kebahagian dan kesejahteraan diorang . in sha allah Allah dengar doa kita . okaylah . mia berhenti kat sini dulu . kita jumpa next entry . assalamualaikum ^^