Third novel review :) . Novel Tulip Merah Untuk Dia nie telah ditulis oleh MYTUN ABDULLAH . and as well,diterbitkan oleh KARYA SENI . mira tak tau kenapa mira suka beli novel yang diterbitkan oleh karya seni . hihi . tebal novel nie dah macam kamus ooo . it took about 3 days untuk mira habiskan baca satu novel nie . kadang tak tidur sebab jalan cerita dia terlalu best . macam tak boleh berhenti baca sebab nak tahu apa yang akan terjadi . selamatlah baca penterjemahan Al-Quran pun macam tu . excited nak tahu apa yang berlaku pada umat dahulu . harga novel nie pun not bad laaa . korang boleh dapat dengan harga RM38.00 . mira bagi 5 stars untuk novel nie . memang tip top . congratulation to the writer sebab dah berjaya hasilkan novel yang mampu tarik pembaca untuk sentiasa membaca tanpa skip satu mukasurat sekalipun . hehe . okay nah sipnosis novel nie:
KATA QASEH.. Zafril tu... macam angin. Kejap O.K dan kejap K.O. Bila datang mood tsunami. Main bedal aje. Bukan reti nak jaga hati dan perasaan orang lain. Cakap ikut sedap mulut dia aje mengalahkan Mak Enon hilang gigi palsu! Kalau hilang semua lelaki kat dunia ni, jangan haraplah dia nak pilih Zafril!
"Cik kak oiii! Lain kali... bila berjalan pandang depan. Jangan pandang bawah! Jangan kelam-kabut! Jalan pakai mata,jangan pakai kepala lutut! Kan dah terlanggar. Nasib baik tak jatuh lagi. Kalau tak... mahu bengkak dahi tu pula. Luka yang ada pun belum sembuh betul-betul... nak tambah luka lagi?Takm serik ke?" - ZAFRIL AMSYAR
KATA ZAFRIL... Qaseh tu... nampak je muka nerd,sopan dan lembut! Tapi bila menjawab dan 'melaser' orang... Hesy! Boleh tahan berapi. Hilang semua ayu. Panas aje telinga ni. Terbakar hati. Rasa nak tenyeh aje mulut yang comel tu dengan kapur barus. Jangan haraplah budak kampung yang tak lulus SPM tu menjadi pilihan hati! Memang taklah.
"Encik Zafril mana tahu saya ikhlas ke tidak? Kalau saya tidak ikhlas, saya iron aje semua kemeja Encik Zafril tu sampai terbakar. Biar berlubang. Itu baru betul-betul tahu saya ikhlas atau tidak, kan?" - QASEH CHINTA SARI
TAPI...
Siapa mereka untuk melawan takdir Tuhan?
Dalam ikatan 'paksa-rela' mereka bersatu.
Mampukah cinta antara gadis kampung tidak lulus SPM ini berputik dengan si bakal CEO?
Mampukah mereka mengecapi bahagia atas kedudukan dan kehilangan insan tersayang?
Siapakah dalang sebalik 'tragedi' yang berlaku?
Siapa pula Amriza, Fatihah, Naufal dan Achap dalam hubungan mereka?
Berjayakah mereka si amatur cinta?